VISI / MISI / FUNGSI / OBJEKTIF
Utama » Visi/Misi/Fungsi/Objektif
VISI
- Menjadi agensi unggul dan berprestij dalam meneraju, menasihat dan mengurus istiadat dan protokol serta Konvensyen, bertaraf Antarabangsa.
MISI
- Untuk menentukan pengurusan istiadat dan protokol, Majlis rasmi kerajaan, Anugerah kebesaran Persekutuan, Lawatan Pembesar-Pembesar Negara, Persidangan Antarabangsa dan kemudahan Konvensyen dilaksanakan dengan cekap, teratur dan berkualiti serta memenuhi kehendak pelanggan.
FUNGSI
- Merancang, menyelaras dan melaksanakan acara acara rasmi kerajaan seperti sambutan perayaan Hari Kebangsaan, Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Hari Pahlawan dan acara acara lain seperti yang ditetapkan oleh Majlis Rasmi Kerajaan.
- Merancang, menyelaras dan melaksanakan acara acara Lawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke negeri- negeri dan ke luar Negara serta lawatan pembesar pembesar luar Negara ke Malaysia.
- Memberi khidmat nasihat mengenai protocol dan adat istiadat bagi majlis majlis utama kerajaan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Majlis Rasmi Kerajaan dan jabatan jabatan kerajaan serta membantu pihak swasta dalam penganjuran majlis-majlis yang dihadiri oleh pembesar pembesar Negara.
OBJEKTIF
- Mengurus dan melaksanakan Majlis Rasmi Kerajaan dengan teratur dan sempurna serta berkualiti mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
- Memberi khidmat nasihat dan bantuan yang berkualiti dalam urusan Istiadat dan protokol bagi menentukan perlaksanaan Majlis berjalan dengan lancar dan teratur