UNIT PROTOKOL
Utama » Unit Protokol
OBJEKTIF
- Mengurus dan melaksanakan majlis rasmi kerajaan dengan teratur dan sempurna serta berkualiti mengikut garis panduan yang telah ditetapkan
- Menjadi pusat rujukan mengenai adat istiadat dan amalan protokol kepada agensi kerajaan, badan berkanun, bukan kerajaan termasuk swasta.
FUNGSI
- Melaksanakan urusan protokol Majlis Rasmi Kerajaan berdasarkan Warta Kerajaan P.U.(B) 506 / Nov 2014 Susunan Keutamaan Persekutuan.
- Mengemaskini Susunan Keutamaan Persekutuan dan menyediakan Senarai Ringkas serta Senarai Edaran mengikut kategori.
- Menyelaras persiapan, urusan logistik dan kewangan Majlis Berbuka Puasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Bersama Penjawat Awam.
- Menyelaras persiapan, urusan logistik dan kewangan Majlis Rumah Terbuka Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.
- Memberi bantuan protokol / khidmat nasihat kepada agensi Kerajaan / Badan Berkanun / bukan Kerajaan termasuk pihak swasta.