UNIT MAJLIS RASMI KERAJAAN
Utama » Unit Majlis Rasmi Kerajaan
OBJEKTIF
- Mengurus dan melaksanakan Majlis Rasmi Kerajaan dengan teratur dan sempurna serta berkualiti mengikut Garis Panduan yang telah ditetapkan
- Menjalankan tugas sebagai urus setia Jawatankuasa Majlis Rasmi Kerajaan dengan berkesan dalam merancang, menyelaras dan melaksanakan Majlis-majlis Rasmi Kerajaan
- Merancang, menyelaras dan melaksanakan urusan lawatan Negara/Rasmi/Tugas Khas Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke Negeri-negeri dan Luar Negara serta Lawatan Negara/Rasmi/Kerja Pembesar Luar ke Malaysia
FUNGSI
- Penyelarasan Lawatan Negara / Rasmi / Kerja / Persidangan / Tugas Khas / Tidak Rasmi / Peribadi Ketua Negara / Kerajaan ke Malaysia
- Penyelarasan Lawatan Negara / Rasmi / Tugas Khas / Peribadi SPB Yang di-Pertuan Agong dan SPB Raja Permaisuri Agong ke Luar Negara / Negeri-Negeri / Kementerian
- Urusetia Jawatankuasa Majlis Rasmi Kerajaan
- Keurusetiaan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi SPB Yang di-Pertuan Agong
- Keurusetiaan Sambutan Hari Pahlawan
- Keurusetiaan Sambutan Hari Raya Aidilfitri SPB Yang di-Pertuan Agong