SOALAN LAZIM
Utama ยป Soalan Lazim
SOALAN LAZIM
Pencalonan bagi Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (DKBPP) sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setiap tahun lazimnya dibuka bermula bulan September atau Oktober tahun sebelumnya dan ditutup pada penghujung bulan November tahun yang sama.
Calon-calon yang berjaya akan dihubungi oleh pihak Urus setia Tetap DKBPP pada bulan Mei tahun pengurniaan melalui surat tawaran dan senarai penuh penerima DKBPP akan disiarkan dan dimuat naik ke laman web rasmi Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa pada hari Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang mana akan disambut pada hari Sabtu minggu pertama bulan Jun setiap tahun.
Seseorang individu yang telah dikurniakan DKBPP hanya boleh dicalonkan semula selepas tiga (3) tahun pengurniaan terdahulu.
Bagi pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (DKBPP), Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA) bertanggungjawab untuk menyedia dan telah mempunyai satu sistem rekod yang lengkap dan terkini ke atas semua penerima anugerah Persekutuan. Senarai penerima DKBPP telah dimuat naik ke laman web Jabatan ini bagi tahun 1958 hingga tahun semasa.
Manakala maklumat penerima Darjah Kebesaran peringkat Negeri yang membawa gelaran yang ada di laman web Jabatan ini adalah sebagaimana yang terdapat dalam Warta Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri (DKBP Negeri) yang dibekalkan kepada Jabatan ini oleh pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri masing-masing. Hanya senarai penerima Darjah Kebesaran yang telah diwartakan dan dibekalkan ke Jabatan ini sahaja dimuat naik ke laman web rasmi BIUPA. Semakan lanjut boleh dibuat dengan pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang berkaitan sekiranya maklumat penerima tiada di laman web Jabatan ini.
Kekananan seseorang pegawai kanan kerajaan dalam sesebuah majlis/acara rasmi kerajaan adalah ditentukan berdasarkan Susunan Keutamaan Persekutuan (SKP) P.U (B) 506 yang bertarikh 13 November 2014.
Tidak. Kementerian/Agensi (penganjur) perlu merujuk kepada Kementerian Luar Negeri bagi mendapatkan input berkenaan pemberian Taraf Tetamu bagi lawatan tersebut.
Tidak. Hanya tetamu berstatus Timbalan Perdana Menteri dan jawatan yang lebih tinggi yang telah mendapat persetujuan YAB Perdana Menteri untuk diberi Taraf Tetamu sahaja akan diselaraskan oleh BIUPA sepenuhnya.
Kategori lawatan wakil kerajaan asing yang layak diberikan Taraf Tetamu adalah seperti berikut:
- Ketua Negara, Ketua Kerajaan, Menteri Luar dan Pegawai- Pegawai Pertubuhan Antarabangsa seperti Setiausaha Agong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu perlu mendapat ulasan daripada Kementerian Luar Negeri dan permohonan tersebut perlu diangkat kepada YAB Perdana Menteri untuk kelulusan;
- Menteri dan Timbalan Menteri perlu mendapat ulasan daripada Kementerian Luar Negeri dan permohonan tersebut perlu diangkat kepada YAB Perdana Menteri untuk kelulusan; dan
- Lawatan peringkat pegawai perlu mendapat ulasan daripada Kementerian Luar Negeri dan permohonan tersebut perlu diangkat kepada Ketua Setiausaha Negara untuk kelulusan.
9. Kementerian/Agensi manakah yang akan menyelaraskan lawatan oleh wakil kerajaan asing ke Malaysia?
Penyelarasan oleh Kementerian/Agensi bagi lawatan wakil kerajaan asing adalah seperti berikut:
- Lawatan oleh Ketua Negara, Ketua Kerajaan, Menteri Luar dan Pegawai- Pegawai Pertubuhan Antarabangsa seperti Setiausaha Agong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu akan dikelolakan oleh Kementerian Luar Negeri dan BIUPA;
- Lawatan oleh Menteri dan Timbalan Menteri akan dikelolakan sepenuhnya oleh Kementerian (penganjur); dan
- Lawatan di peringkat pegawai akan dikelolakan sepenuhnya oleh Kementerian/Agensi (penganjur).
Bagi tujuan kegunaan penyusunan ahli mesyuarat, kekananan seseorang pegawai kanan tersebut adalah ditentukan mengikut gred dan tarikh perlantikan bagi ahli-ahli yang berada dalam gred yang sama. Walau bagaimana pun,penyusunan kedudukan juga boleh mengambil kira kepentingan atau peranan seseorang di dalam mesyuarat tersebut.
Susunan keutamaan bendera negeri-negeri lazimnya disusun mengikut Susunan Keutamaan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja-Raja Melayu dan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri masing-masing sebagaimana termaktub dalam Perkara 70 Perlembagaan Persekutuan dan diperuntukkan di bawah Surat Pekeliling Am Bil 3. Tahun 1994
Tiada sebarang bayaran dikenakan,tetapi penganjur mestilah menyediakan semua barangan pakai buang berkaitan yang digunakan semasa satu-satu persidangan seperti binding tape untuk kemasan wayar, toner dan kertas untuk peralatan mesin penyalinan(fotokopi) dan lain-lain.