UNIT PENYELIDIKAN
Utama » Unit Penyelidikan
OBJEKTIF
- Memastikan urusan berkaitan pertanyaan/khidmat nasihat mengenai Akta, Warta Kerajaan Persekutuan, Surat Pekeliling Am, Garis Panduan dan Dasar di bawah Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA), Jabatan Perdana Menteri dijawab dengan lengkap mengikut arahan yang berkuatkuasa;
- Memastikan urusan berkaitan maklum balas pertanyaan Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta Memorandum Jemaah Menteri dan Nota Jemaah Menteri dijawab dengan lengkap dalam tempoh yang ditetapkan;
- Memastikan permohonan berkaitan Penukaran Pakaian Seragam dan Pakaian Istiadat Pegawai Kerajaan dan Badan Berkanun dikaji dan dilaksanakan mengikut pekeliling/arahan yang berkuatkuasa;dan
- Memastikan kawalan penggunaan dan mengadakan pemantauan ke atas Kompleks Bunga Raya, KLIA, Makam Pahlawan, Pusara Negara, Dataran Pahlawan Negara dan Tugu Negara secara berkala bagi memastikan ianya dalam keadaan teratur.
FUNGSI
- Menyedia maklum balas pertanyaan Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta Memorandum Jemaah Menteri dan Nota Jemaah Menteri;
- Mengkaji, meminda dan mengemaskini Akta, Warta Kerajaan Persekutuan, Surat Pekeliling Am, Garis Panduan dan Dasar di bawah Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA), Jabatan Perdana Menteri;
- Urus Setia bagi Perjumpaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri;
- Urus Setia Projek Monumen Dataran Pahlawan Negara;
- Urus Setia Istiadat Pengebumian Negara;
- Menyedia dan menyelaras bantuan khidmat penceramah protokol;dan
- Menyelaras kawalan penggunaan dan pemantauan Kompleks Bunga Raya, KLIA, Makam Pahlawan, Pusara Negara, Dataran Pahlawan Negara dan Tugu Negara secara berkala bagi memastikan ianya dalam keadaan teratur.