Skip to content

Bahagian Istiadat Dan Urusetia Persidangan Antarabangsa

faq

Soalan Lazim

fon

Hubungi Kami

feedback

Aduan & MaklumBalas

peta

Peta Laman

  • English
  • Bahasa Melayu
Menu
  • English
  • Bahasa Melayu
Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
fon
feedback
peta
[gtranslate]
Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
  • Main
  • Corporate Information
    • About BIUPA
    • COC Message
    • Vision / Mission / Function / Objective
    • Organisation Chart
    • Section
      • Ceremonial & Protocol Section
        • Government Official Ceremony Unit
        • Protocol Unit
      • Awards & International Conference Section
        • International Conference Unit
        • Decorations Conferment Management Unit
        • Research Unit
      • Management Section
        • Finance Unit
        • Management Services Unit
        • Information Technology Unit
    • Chief Information Officer (CIO)
    • Client Charter
  • Media
    • Image Gallery
    • Video Tatacara Pemakaian Pingat
    • Publication
      • Pelan Antirasuah Jabatan Perdana Menteri 2021-2025
  • Directory
    • Office of the Chief Executive Officer of the Government
    • Ceremonial and Protocol Section (IP)
    • Awards & International Conference Section (AP)
    • Management Section (P)
Menu
  • Main
  • Corporate Information
    • About BIUPA
    • COC Message
    • Vision / Mission / Function / Objective
    • Organisation Chart
    • Section
      • Ceremonial & Protocol Section
        • Government Official Ceremony Unit
        • Protocol Unit
      • Awards & International Conference Section
        • International Conference Unit
        • Decorations Conferment Management Unit
        • Research Unit
      • Management Section
        • Finance Unit
        • Management Services Unit
        • Information Technology Unit
    • Chief Information Officer (CIO)
    • Client Charter
  • Media
    • Image Gallery
    • Video Tatacara Pemakaian Pingat
    • Publication
      • Pelan Antirasuah Jabatan Perdana Menteri 2021-2025
  • Directory
    • Office of the Chief Executive Officer of the Government
    • Ceremonial and Protocol Section (IP)
    • Awards & International Conference Section (AP)
    • Management Section (P)

PROTOCOL UNIT

Utama » Directory » Ceremonial and Protocol Section (IP) » Protocol Unit

ENCIK MOHD HANAFIAH BIN MOKTAR
Ketua Penolong Setiausaha ,KPSU (P)
03-88726617
hanafiah@istiadat.gov.my
CIK THELMA SHAWAI SUI
Penolong Setiausaha,PSU (P) 1
03-88726677
thelmass@istiadat.gov.my
ENCIK SHAHRIL ANUAR BIN JAMAR
Penolong Setiausaha,PSU (P) 2
03-88726637
shahrilanuar@istiadat.gov.my
PUAN FARANIZA BINTI KASIM
Penolong Pegawai Tadbir Kanan,PPTK (P) 1
03-88726619
faraniza@istiadat.gov.my
NIK IZYAN BINTI NIK OMAR AL HADED
Penolong Pegawai Tadbir Kanan,PPTK (P) 2
03-88726631
nikizyan@istiadat.gov.my
ENCIK MOHAMAD IKMAL BIN NORDIN
Penolong Pegawai Tadbir,PPT (P) 1
03-88726618
ikmal@istiadat.gov.my
ENCIK MUHAMMAD FAUZI BIN ABDULLAH
Penolong Pegawai Tadbir,PPT (P) 2
03-88726620
fauzi@istiadat.gov.my
PUAN RADZIAH BINTI ABDUL RAUF
Ketua Pembantu Tadbir,KPT (P)
03-88726621
radziah@istiadat.gov.my
PUAN ZARINA BINTI HITAM
Pembantu Tadbir,PT (P) 1
03-88726626
zarina@istiadat.gov.my
ENCIK KHAIROL NIZAM BIN MOHD NOPUS
Pembantu Tadbir,PT (P) 2
03-88726622
khairolnizam@istiadat.gov.my
1 2 Next Page >
Close Menu

 

PENCALONAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN TAHUN 2025 TELAH DITUTUP

HARAP MAKLUM PENCALONAN TELAH DITUTUP PADA 08 NOVEMBER 2024 (JUMAAT).
TARIKH AKHIR PENYERAHAN BORANG PENCALONAN (HARD COPY) YANG TELAH LENGKAP KEPADA PIHAK URUS SETIA ADALAH PADA ATAU SEBELUM JAM 6.00 PETANG 13 DISEMBER 2024 (JUMAAT). PENCALONAN YANG DITERIMA SELEPAS TARIKH TERSEBUT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN UNTUK PROSES SELANJUTNYA.

PENCALONAN DARJAH KEBESARAN BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN (DKBPP)

TAHUN 2025

    • Pencalonan DKBPP Tahun 2025 telah dibuka mulai 7 Oktober 2024 (Isnin) dan akan ditutup pada 8 November 2024 (Jumaat).

    • Pencalonan bagi Kategori A (Perkhidmatan Awam), B (Pihak Berkuasa Tempatan/Badan Berkanun), C (Swasta/Persatuan/Sukarela/Sukan), E (Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia) dan F (Polis Diraja Malaysia), sila KLIK DISINI untuk akses ke Sistem Permohonan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (DKBPP).

    • Bagi Kategori D (Warganegara Asing), sila KLIK DISINI untuk muat turun borang pencalonan DKBPP.

    • Pencadang dinasihatkan untuk membaca dengan teliti panduan pencalonan sebelum mengisi borang secara atas talian.

    • Pencalonan hendaklah dikemukakan menggunakan borang dengan SATU (1) no. siri sahaja bagi setiap pencalonan.

    • Tarikh akhir serahan borang kepada Urus Setia DKBPP adalah pada atau sebelum jam 6.00 petang 13 Disember 2024 (Jumaat). Pencalonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan untuk proses selanjutnya.

 

TATACARA PEMAKAIAN LENCANA LEHER

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

TATACARA PEMAKAIAN BAJU MELAYU HITAM (BERSONGKOK) SEMASA MENGHADIRI MAJLIS RASMI KERAJAAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

TATACARA PEMAKAIAN SEMASA MENGHADIRI MAJLIS RASMI BERISTIADAT
BAGI PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK (WANITA)

 

 

 

 

TATACARA PEMAKAIAN KALUNG, SELEPANG, DAN BINTANG DARJAH (PAKAIAN SIANG)

 

 

TATACARA PEMAKAIAN BINTANG DAN PINGAT (PAKAIAN SIANG)

 

 

TATACARA PEMAKAIAN DKBPP PADA BAJU MELAYU HITAM

 

 

TATACARA PEMAKAIAN DKBPP PADA BAJU KURUNG

 

 

 

TATACARA PEMAKAIAN SEMASA MENGHADIRI MAJLIS RASMI BERISTIADAT
BAGI PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK (LELAKI)

 

 

 

 

 

 

TATACARA PEMAKAIAN SELEPANG DAN BINTANG DARJAH (MESS KIT)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

TATACARA PEMAKAIAN BAJU MELAYU HITAM SEMASA MENGHADIRI MAJLIS RASMI BERISTIADAT

 

 

 

 

 

 

 

PENCALONAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN TAHUN 2024 TELAH DITUTUP

HARAP MAKLUM PENCALONAN TELAH DITUTUP PADA 03 NOVEMBER 2023 (JUMAAT).
TARIKH AKHIR PENYERAHAN BORANG PENCALONAN (HARD COPY) YANG TELAH LENGKAP KEPADA PIHAK URUS SETIA ADALAH PADA ATAU SEBELUM JAM 6.00 PETANG 24 NOVEMBER 2023 (JUMAAT). PENCALONAN YANG DITERIMA SELEPAS TARIKH TERSEBUT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN UNTUK PROSES SELANJUTNYA.

Ciri-Ciri Laman WEB BIUPA

 

Sebarang urusan boleh emelkan ke webadmin@istiadat.gov.my

 

PENGUMUMAN:

UNTUK MAKLUMAN SEMUA PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN (DKBPP) TAHUN 2020, SETAKAT INI BELUM ADA SEBARANG PENETAPAN TARIKH BAGI MENGHADIRI ISTIADAT PENGURNIAAN DKBPP. LAZIMNYA SURAT JEMPUTAN UNTUK MENGHADIRI ISTIADAT PENGURNIAAN BERKENAAN AKAN DIKELUARKAN OLEH BAHAGIAN ISTIADAT, ISTANA NEGARA 2-3 MINGGU SEBELUM TARIKH SEBENAR ISTIADAT PENGURNIAAN. MOHON KERJASAMA YBHG. DATUK/TUAN/PUAN UNTUK MEMAKLUMKAN KEPADA PIHAK URUSETIA SEKIRANYA TERDAPAT SEBARANG PERUBAHAN MAKLUMAT PERHUBUNGAN MELALUI TALIAN  03-8872 6640/6641/6642/ 6643 UNTUK PENGEMASKINIAN DAN MEMUDAHKAN URUSAN JEMPUTAN PADA MASA AKAN DATANG.

 

SEKIAN DIMAKLUMKAN DAN SALAM HORMAT

URUSETIA TETAP PENGURNIAAN DKBPP

PINGAT PERINGATAN MALAYSIA (P.P.M.)

Dizahirkan pada 17 Ogos 1965 dan terdiri daripada tiga pangkat iaitu emas, perak dan gangsa. Pingat ini dikhususkan bagi individu yang telah banyak memberikan khidmat cemerlang dalam usaha pembentukan dan penubuhan Malaysia.

PINGAT PERTABALAN

Pingat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah

PINGAT JASA PAHLAWAN NEGARA (P.J.P.N.)

Dizahirkan pada 5 Februari 2014 dan dikurniakan untuk mengiktiraf dan menghargai keperwiraan, keberanian, pengorbanan atau kebaktian yang cemerlang di kalangan Polis Persekutuan Tanah Melayu atau Polis Diraja Malaysia semasa menjalankan tugas di negara ini dalam sesuatu tempoh tertentu.

PINGAT KEDAULATAN NEGARA (P.K.N.)

Dizahirkan pada 26 Januari 2015 dan dikurniakan untuk mengiktiraf dan menghargai keperwiraan, keberanian, pengorbanan dan kebaktian cemerlang pasukan keselamatan, kakitangan keselamatan awam, kakitangan awam dan swasta serta orang awam yang terlibat semasa operasi keselamatan di Sabah yang dikenali sebagai Op Daulat.

PINGAT PERKHIDMATAN CEMERLANG (P.P.C.)

Dizahirkan pada 28 Jun 2011 dan dikurniakan untuk mengiktiraf dan menghargai pegawai sektor awam yang telah berkhidmat dalam perkhidmatannya dengan cemerlang serta turut cemerlang dalam sumbangannya di luar tugas rasmi untuk negara dan masyarakat.

PINGAT JASA MALAYSIA (P.J.M.)

Dizahirkan pada 3 Mac 2004 dan dikurniakan untuk mengiktiraf dan menghargai keperwiraan, keberanian, pengorbanan atau kebaktian yang cemerlang yang ditunjukkan dalam menjalankan tugas untuk tempoh tertentu oleh Angkatan Tentera Malaysia dan juga anggota Pasukan Pengaman dari negara-negara sahabat di kalangan anggota Angkatan Tentera, Separa Tentera, Polis dan Kakitangan Awam Keselamatan.

PINGAT PERKHIDMATAN SETIA (P.P.S.)

Dizahirkan pada 2 Julai 1970 dan dikurniakan untuk mengiktiraf dan menghargai jasa, bakti serta pengorbanan anggota-anggota Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia yang telah lama berkhidmat dengan penuh taat setia dan terpuji sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.

PINGAT PERKHIDMATAN AM (P.P.A.)

Dizahirkan pada 28 Ogos 1989 dan dikurniakan untuk mengiktiraf dan menghargai khidmat lama dan kelakuan terpuji bagi anggota-anggota Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia.

PINGAT KHIDMAT BERBAKTI (P.K.B.)

Dizahirkan pada 29 Julai 1960 dan dikurniakan untuk khidmat-khidmat am dalam Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

PINGAT KEBAKTIAN (P.K.)

Dizahirkan pada 29 Julai 1960 dan dikurniakan untuk mengiktiraf dan menghargai khidmat lama dan kelakuan terpuji anggota-anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

PINGAT TENTERA UDARA (P.T.U.)

Dizahirkan pada 17 Julai 1968 dan dikurniakan kepada anggota Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia yang telah menunjukkan keperwiraan, keberanian atau taat setia yang teristimewa semasa menjalankan tugas di dalam dan di luar operasi penerbangan. Penerima layak menerima elaun kenangan berjumlah RM 1,000.00 sebulan manakala bagi penerima posthumous, elaun kenangan akan dibayar kepada waris kadim sekaligus berjumlah RM 10,000.00.

KEPUJIAN PERUTUSAN KEBERANIAN (K.P.K.)

Dizahirkan pada 29 Julai 1960 dan dikurniakan kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia yang telah menunjukkan atau melakukan sesuatu yang dianggap gagah berani dan patut diiktiraf, akan tetapi taraf keberanian tidaklah sebegitu tinggi untuk dikurniakan sesuatu pingat.

JASA PERKASA PERSEKUTUAN (J.P.P.)

Dizahirkan pada 29 Julai 1960 dan dikurniakan kepada individu yang telah menunjukkan kepahlawanan dan keberanian yang luar biasa di luar medan peperangan. Penerima layak menerima elaun kenangan berjumlah RM 1,000.00 sebulan manakala bagi penerima posthumous, elaun kenangan akan dibayar kepada waris kadim sekaligus berjumlah RM 10,000.00.

PANGLIMA GAGAH BERANI (P.G.B.)

Dizahirkan pada 29 Julai 1960 dan dikurniakan kepada individu yang telah menunjukkan keberanian yang tinggi dalam berhadapan dengan pihak musuh tanpa memikirkan keselamatan diri. Penerima layak menerima elaun kenangan berjumlah RM 1,500.00 sebulan manakala bagi penerima posthumous, elaun kenangan akan dibayar kepada waris kadim sekaligus berjumlah RM 15,000.00.

SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA (S.P.)

Dizahirkan pada 29 Julai 1960 dan merupakan anugerah Persekutuan yang terkanan dalam senarai keutamaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan. Darjah Kebesaran ini dikurniakan kepada individu yang telah menunjukkan keberanian luar biasa atau telah melakukan sesuatu dengan gagah berani serta penuh pengorbanan. Penerimanya layak menerima elaun kenangan berjumlah RM 2,000.00 sebulan manakala bagi penerima posthumous, elaun kenangan akan dibayar kepada waris kadim sekaligus berjumlah RM 20,000.00.

DARJAH BAKTI (D.B.)

Darjah ini dizahirkan pada 26 Jun 1975 dan dikurniakan kepada rakyat Malaysia yang telah masyhur namanya di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa. Sumbangan yang telah diberikan meliputi semua bidang seperti bidang seni, sains dan kemanusiaan. Darjah Bakti ini hanya mempunyai satu pangkat sahaja dan keanggotaannya terhad kepada 10 orang sahaja pada satu-satu masa.

BENTARA SETIA DIRAJA (B.S.D.)

Pingat ini merupakan Pangkat Keempat dalam keluarga Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja. Pingat ini juga tiada had bagi keanggotaannya. Gambar foto di sebelah kiri ialah Pingat yang dikurniakan kepada penerima lelaki dan di sebelah kanan dikurniakan kepada penerima wanita.

KESATRIA SETIA DIRAJA (K.S.D.)

Merupakan Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja Pangkat Ketiga. Jumlah keanggotaan bagi Bintang ini adalah tidak terhad. Gambar foto di sebelah kiri ialah Bintang yang dikurniakan kepada penerima lelaki dan di sebelah kanan dikurniakan kepada penerima wanita.

JOHAN SETIA DIRAJA (J.S.D.)

Merupakan Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja Pangkat Kedua. Darjah Kebesaran ini merupakan lencana leher dan tidak membawa gelaran kepada penerimanya. Jumlah keanggotaan bagi Darjah Kebesaran ini adalah tidak terhad. Gambar foto di sebelah kiri ialah Darjah Kebesaran yang dikurniakan kepada penerima lelaki dan di sebelah kanan dikurniakan kepada penerima wanita.

PANGLIMA SETIA DIRAJA (P.S.D.)

Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja dizahirkan pada 3 September 1965. Darjah Panglima Setia Diraja (P.S.D.) merupakan Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja Pangkat Pertama. Darjah Kebesaran ini membawa gelaran ‘Datuk’ dan isteri penerima bergelar ‘Datin’. Darjah Kebesaran ini mempunyai had keanggotaan seramai 200 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.

PANGLIMA JASA NEGARA (P.J.N.)

Darjah Yang Mulia Jasa Negara dizahirkan pada 2 Mei 1995 dan mempunyai satu pangkat sahaja. Darjah Kebesaran ini membawa gelaran ‘Datuk’ manakala isteri penerima bergelar ‘Datin’. Darjah Kebesaran ini mempunyai had keanggotaan seramai 1,500 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.

JOHAN SETIA MAHKOTA (J.S.M.)

Merupakan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia Pangkat Ketiga. Darjah Kebesaran ini merupakan lencana leher dan tidak membawa gelaran kepada penerimanya. Jumlah keanggotaan bagi Darjah Kebesaran ini adalah tidak terhad. Gambar foto di sebelah kiri ialah Darjah Kebesaran yang dikurniakan kepada penerima lelaki dan di sebelah kanan dikurniakan kepada penerima wanita.

PANGLIMA SETIA MAHKOTA (P.S.M.)

Merupakan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia Pangkat Kedua. Darjah Kebesaran ini membawa gelaran ‘Tan Sri’ manakala isteri penerima bergelar ‘Puan Sri’. Darjah Kebesaran ini mempunyai had keanggotaan seramai 1,000 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.

SERI SETIA MAHKOTA (S.S.M.)

Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia dizahirkan pada 15 April 1966. Darjah Seri Setia Mahkota (S.S.M.) merupakan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia Pangkat Pertama. Darjah Kebesaran ini mempunyai had keanggotaan seramai 35 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat. Penerima Darjah Kebesaran ini membawa gelaran ‘Tun’ manakala isteri penerima bergelar ‘Toh Puan’.

PINGAT PANGKUAN NEGARA (P.P.N.) 

Pingat ini merupakan Pangkat Keenam dalam keluarga Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara. Pingat ini juga tiada had bagi keanggotaannya. Gambar foto di sebelah kiri ialah pingat yang dikurniakan kepada penerima lelaki dan di sebelah kanan dikurniakan kepada penerima wanita.

AHLI MANGKU NEGARA (A.M.N.)

Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Kelima. Jumlah keanggotaan bagi Bintang ini adalah tidak terhad. Gambar foto di sebelah kiri ialah Bintang yang dikurniakan kepada penerima lelaki dan di sebelah kanan dikurniakan kepada penerima wanita.

KESATRIA MANGKU NEGARA (K.M.N.)

Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Keempat. Jumlah keanggotaan bagi Bintang ini adalah tidak terhad. Gambar foto di sebelah kiri ialah Bintang yang dikurniakan kepada penerima lelaki dan di sebelah kanan dikurniakan kepada penerima wanita.

DARJAH YANG MAHA UTAMA KERABAT DIRAJA MALAYSIA (D.K.M.)

Darjah Kebesaran ini dizahirkan pada 18 April 1966 dan dipersembahkan hanya kepada Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang telah dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong. Darjah Kebesaran ini mempunyai satu pangkat sahaja dan bilangan keanggotaannya terhad seramai 10 orang.

DARJAH UTAMA SERI MAHKOTA NEGARA  (D.M.N.)

Darjah Kebesaran ini dizahirkan pada 16 Ogos 1958 dan mempunyai satu pangkat sahaja dan mempunyai keanggotaan seramai 30 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat. Darjah Kebesaran ini dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang ditabalkan menjadi sultan dan raja di negerinya. Selain itu, Darjah Kebesaran ini juga boleh dikurniakan secara kehormat kepada warganegara asing iaitu Sultan atau Raja, Permaisuri, Putera atau Puteri raja, Ketua-ketua negara dan isteri kepada Ketua-ketua negara.

SERI MAHARAJA MANGKU NEGARA (S.M.N.)

Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara dizahirkan pada 16 Ogos 1958. Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Pertama. Darjah Kebesaran ini mempunyai had keanggotaan seramai 25 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat. Penerima Darjah Kebesaran ini membawa gelaran ‘Tun’ manakala isteri penerima bergelar ‘Toh Puan’.

PANGLIMA MANGKU NEGARA (P.M.N.)

Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Kedua. Darjah Kebesaran ini membawa gelaran ‘Tan Sri’ dan isteri penerima bergelar ‘Puan Sri’. Darjah Kebesaran ini mempunyai had keanggotaan seramai 75 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.

JOHAN MANGKU NEGARA (J.M.N.)

Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Ketiga. Darjah Kebesaran ini merupakan lencana leher dan ianya tidak membawa gelaran kepada penerimanya. Jumlah keanggotaan bagi Darjah Kebesaran ini adalah tidak terhad. Gambar foto di sebelah kiri ialah Darjah Kebesaran yang dikurniakan kepada penerima lelaki dan di sebelah kanan dikurniakan kepada penerima wanita.

Semua rujukan dan maklumat rasmi berhubung Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA) Jabatan Perdana Menteri (JPM) termasuk semakan senarai penerima Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat (DKBP) Persekutuan hanya sah melalui Laman Web Rasmi BIUPA sahaja di www.istiadat.gov.my. Bagi semakan senarai penerima Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat (DKBP) Negeri, ia juga hanya sah melalui Laman Web Rasmi BIUPA dan Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri masing-masing.

Skip to content
Open toolbar

Accessibility Tools

  • Increase Text
  • Decrease Text
  • Grayscale
  • High Contrast
  • Negative Contrast
  • Light Background
  • Links Underline
  • Readable Font
  • Reset