SUSUNAN KEUTAMAAN DKBPP
Pencalonan adalah untuk DKBPP yang lebih
tinggi daripada DKBPP yang pernah diterima oleh calon berdasarkan
Susunan Keutamaan DKBPP berikut:
Bil. |
DKBPP |
Ringkasan |
1. |
Seri Pahlawan Gagah Perkasa |
S.P. |
2. |
Darjah Kerabat Diraja Malaysia |
D.K.M. |
3. |
Darjah Utama Seri Mahkota Negara |
D.M.N. |
4. |
Seri Maharaja Mangku Negara |
S.M.N. |
5. |
Seri Setia Mahkota Malaysia |
S.S.M. |
6. |
Darjah Bakti |
D.B. |
7. |
Panglima Mangku Negara |
P.M.N. |
8. |
Panglima Setia Mahkota |
P.S.M. |
9. |
Panglima Jasa Negara |
P.J.N. |
10. |
Panglima Setia Diraja |
P.S.D. |
11. |
Johan Mangku Negara |
J.M.N. |
12. |
Johan Setia Mahkota |
J.S.M. |
13. |
Johan Setia Diraja |
J.S.D. |
14. |
Kesatria Mangku Negara |
K.M.N. |
15. |
Kesatria Setia Diraja |
K.S.D. |
16. |
Ahli Mangku Negara |
A.M.N. |
17. |
Pingat Pangkuan Negara |
P.P.N. |
18. |
Bentara Setia Diraja |
B.S.D. |
19. |
Panglima Gagah Berani |
P.G.B. |
20. |
Jasa Perkasa Persekutuan |
J.P.P. |
21. |
Pingat Tentera Udara |
P.T.U. |
22. |
Pingat Kebaktian |
P.K. |
23. |
Pingat Khidmat Berbakti |
P.K.B. |
24. |
Pingat Perkhidmatan Setia |
P.P.S. |
25. |
Kepujian Perutusan Keberanian |
K.P.K. |
26. |
Pingat Perkhidmatan Am |
P.P.A. |
27. |
Pingat Peringatan Malaysia |
P.P.M. |
28. |
Pingat Negara Bangsa-Bangsa Bersatu |
P.N.B.B. |
29. |
Pingat Jasa Malaysia |
P.J.M. |
30. |
Pingat Pertabalan |
- |
|
DKBPP ini tidak dibuka untuk pencalonan |
MAKLUMAT RINGKAS DKBPP
1. Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.)
(i) Bintang Kehormatan ini dikurniakan kepada sesiapa juga yang telah
menunjukkan keberanian luar biasa atau telah melakukan sesuatu dengan gagah
berani dan penuh pengorbanan.
(ii) Seseorang yang menerima anugerah ini layak untuk mendapat elaun
kenangan berjumlah RM2,000.00 sebulan. Bagi anugerah posthumous, elaun
kenangan akan dibayar kepada waris kadim sekaligus berjumlah RM 20,000.00.
(iii) Penerima pertama S.P. ialah mendiang Veloo a/l Rajavelu pada tahun
1963. Beliau dianugerahkan kerana keberanian dan semangat kemasyarakatan dalam
membanteras rompakan di Klang pada Ogos 1962 sehingga mengorbankan nyawanya.
2. Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.)
(i) Darjah Pangkat Pertama dalam Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara
ini dikurniakan kepada mereka yang telah berbuat jasa yang cemerlang kepada
negara selama beberapa waktu dengan penuh tanggungjawab dan mereka ini
mempunyai kedudukan yang tinggi serta berpengaruh.
(ii) Pengurniaan Darjah Kebesaran ini membawa gelaran ‘TUN’.
3. Seri Setia Mahkota (S.S.M.)
(i)
Darjah
Pangkat Pertama dalam Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia ini dikurniakan
kepada mereka yang telah banyak berbuat jasa yang cemerlang kepada Negara
dengan penuh tanggungjawab dan berpengaruh serta bertaraf tinggi kedudukannya.
(ii)
Pengurniaan
Darjah Kebesaran ini membawa gelaran ‘TUN’.
4. Darjah Bakti (D.B.)
(i)
Darjah
ini dikurniakan kepada rakyat Malaysia yang telah memberi sumbangan dalam semua
bidang seperti bidang seni, sains dan kemanusiaan, dan telah mempunyai nama
yang masyhur di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa.
(ii)
Darjah
ini telah dikurniakan kepada YBhg. Dato’ Nicol Ann David, ratu squash negara
dan YBhg. Dato’ Lee Chong Wei, jaguh badminton negara.
5. Panglima Mangku Negara (P.M.N.)
(i)
Darjah
Pangkat Kedua dalam Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara ini dikurniakan kepada
mereka yang tinggi taraf kedudukannya serta terkenal kerana perkhidmatan
cemerlang mereka kepada Negara dalam apa jua lapangan.
(ii)
Pengurniaan Darjah Kebesaran ini membawa
gelaran ‘TAN SRI’.
6. Panglima
Setia Mahkota (P.S.M.)
(i)
Darjah
Pangkat Kedua dalam Darjah Yang Mulia Setia Mahkota ini dikurniakan kepada
mereka yang mempunyai taraf kedudukan yang tinggi serta terkenal kerana khidmat
cemerlang kepada Negara dalam apa jua lapangan.
(ii)
Pengurniaan
Darjah Kebesaran ini membawa gelaran ‘TAN SRI’.
7. Panglima Jasa Negara (P.J.N.)
(i)
Darjah
Pangkat Pertama kepada Darjah Yang Mulia Jasa Negara ini dikurniakan kepada
mereka yang mempunyai taraf kedudukan yang tinggi serta terkenal kerana khidmat
cemerlang kepada Negara dalam apa jua lapangan.
(ii)
Pengurniaan
Darjah Kebesaran ini membawa gelaran ‘DATUK’.
8. Panglima Setia Diraja (P.S.D.)
(i)
Darjah
Pangkat Pertama dalam Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja ini dikurniakan
kepada mereka yang telah berkhidmat dengan cemerlang dan penuh taat setia
kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja
Permaisuri Agong.
(ii)
Pengurniaan
Darjah Kebesaran ini membawa gelaran
‘DATUK’.
9. Johan Mangku Negara (J.M.N.)
(i) Darjah
Pangkat Ketiga dalam Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara ini dikurniakan kepada
mereka yang tinggi taraf kedudukan dan telah membuat jasa cemerlang kepada
negara.
10. Johan Setia Mahkota (J.S.M.)
(i)
Darjah
Pangkat Ketiga dalam Darjah Yang Mulia Setia Mahkota ini dikurniakan kepada
mereka yang tinggi taraf kedudukan dan telah membuat jasa cemerlang kepada
Negara.
11. Johan Setia Diraja (J.S.D.)
(i)
Darjah
Pangkat Kedua dalam Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja ini dikurniakan
kepada mereka yang telah memberikan khidmat dan jasa yang cemerlang serta taat
setia yang tinggi kepada institusi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
12. Kesatria Mangku Negara (K.M.N.)
(i) Bintang ini dikurniakan kepada mereka yang telah berjasa tinggi
kepada Negara dalam apa jua lapangan.
13. Kesatria Setia Diraja (K.S.D.)
(i) Bintang ini dikurniakan kepada mereka yang telah mempersembahkan
jasa yang cemerlang kepada institusi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
14. Ahli Mangku Negara (A.M.N.)
(i) Bintang ini dikurniakan kepada mereka yang
telah memberi jasa-jasa yang
cemerlang. Sumbangan dan khidmat bakti yang diberikan adalah yang lebih
daripada yang sepatutnya.
15. Pingat Pangkuan Negara (P.P.N.)
(i)
Pingat
ini dikurniakan kepada mereka yang telah menunjukkan kecemerlangan dan
kesetiaan terhadap perkhidmatan dan Negara dalam apa juga lapangan.
16. Bentara Setia Diraja (B.S.D.)
(i)
Pingat
ini dikurniakan kepada mereka yang mempersembahkan khidmat dengan
bersungguh-sungguh dan setia kepada institusi Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
17. Panglima Gagah Berani (PGB)
(i)
Bintang
Kehormatan ini dikurniakan kepada mereka yang telah menunjukkan kegagahan dan
keberanian yang luar biasa sewaktu menghadapi musuh tanpa memikirkan
keselamatan diri serta boleh dikurniakan kepada mereka yang telah meninggal
dunia (posthumous).
(ii) Seseorang yang menerima anugerah ini layak
untuk mendapat elaun kenangan berjumlah RM1,500.00 sebulan. Bagi anugerah posthumous, elaun kenangan akan dibayar kepada waris kadim sekaligus berjumlah
RM15,000.00.
(iii) Antara penerima pertama P.G.B. ialah YBhg. Leftenan
Datuk Abdul Rahman bin Haji Khamis (B) pada tahun 1958. Beliau dikurniakan
bintang ini kerana keberanian, kemahiran dan kepakaran luar biasa dalam operasi
menentang kegiatan komunis sekitar tahun 1957.
18. Jasa Perkasa Persekutuan (J.P.P.)
(i) Bintang ini dikurniakan kepada mereka yang telah
menunjukkan kegagahan dan keberanian luar biasa tanpa berhadapan dengan musuh.
Pingat ini boleh dikurniakan walaupun seseorang itu telah meninggal dunia (posthumous).
(ii) Antara penerima pertama JPP ialah mendiang Koperal Penyiasat Choo
Chan dari Cawangan Khas Perak pada tahun 1958. Beliau dikurniakan bintang ini
kerana keberanian dalam banyak operasi khas dan juga ketika menyerang kem
musuh.
(iii) Seseorang yang menerima anugerah ini layak untuk mendapat Elaun
Kenangan berjumlah RM1,000.00 sebulan. Bagi anugerah posthumous, elaun kenangan
akan dibayar kepada waris kadim sekaligus berjumlah RM10,000.00.
19. Pingat Tentera Udara (P.T.U.)
(i) Pingat ini dikurniakan kerana keperwiraan, keberanian atau taat
setia yang teristimewa yang ditunjukkan oleh anggota-anggota Tentera Udara Diraja
Malaysia semasa menjalankan tugas di dalam dan di luar operasi penerbangan.
Pingat ini boleh dikurniakan walaupun seseorang itu telah meninggal dunia.
(ii) Seseorang yang menerima anugerah ini layak untuk mendapat Elaun
Kenangan berjumlah RM1,000.00 sebulan. Bagi anugerah posthumous, elaun kenangan
akan dibayar kepada waris kadim sekaligus berjumlah RM10,000.00.
(iii) Pengurniaan Pingat PTU telah dihentikan pada Tahun 2011 dan calon
yang layak boleh dipertimbangkan untuk pengurniaan Pingat JPP mengikut syarat
yang telah ditetapkan.
20. Kepujian Perutusan Keberanian (K.P.K.)
(i) Anugerah
ini dikurniakan kepada anggota Angkatan Tentera Diraja Malaysia dan Polis Diraja
Malaysia yang telah menunjukkan sesuatu yang dianggap gagah atau berani dan
patut diiktiraf, akan tetapi taraf keberanian tidaklah sebegitu tinggi untuk
dikurniakan sesuatu Pingat. Lambang ini boleh dikurniakan walaupun seseorang
itu telah meninggal dunia.
SYARAT KELAYAKAN PENCALONAN DKBPP
KRITERIA |
S.M.N. |
S.S.M. |
1.
Jawatan/ Taraf |
v TYT Yang di-Pertua Negeri v Bekas Perdana Menteri |
v Bekas Timbalan Perdana Menteri v Ketua Hakim Negara |
2. Pentadbiran & Profesional a)
Gred Jawatan |
- |
- |
b)
Umur |
- |
- |
c)
Tempoh Khidmat |
- |
- |
3. Tentera 4. Polis 5. Swasta |
- - - |
- - - |
b) Umur |
- |
- |
c) Tempoh Khidmat |
- |
- |
6. Ahli Politik a) Jawatan |
- |
- |
b) Umur |
- |
- |
c) Tempoh Penglibatan |
- |
- |
SYARAT KELAYAKAN PENCALONAN DKBPP
KRITERIA |
P.M.N. |
P.S.M. |
1.
Jawatan/ Taraf |
v YDP Dewan Negara v YDP Dewan Rakyat v Bekas Menteri (Kanan) v Ketua Setiausaha Negara v Peguam Negara v Panglima Angkatan Tentera (PAT) v Ketua Polis Negara (KPN) |
v Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam v Bekas Menteri v Presiden Mahkamah Rayuan v Hakim Besar Malaya v Hakim Besar Sabah/ Sarawak v Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan v Hakim-hakim Mahkamah Rayuan |
2. Pentadbiran & Profesional |
- |
- |
a) Gred Jawatan |
- |
v
Gred Utama Turus I, II v
Gred Utama Turus III (Kanan) |
b) Umur |
|
Melebihi 50 tahun |
c) Tempoh Khidmat |
- |
Melebihi 25 tahun |
3. Tentera 4. Polis 5.
Swasta |
- - - |
v
Panglima Tentera Darat v
Panglima Tentera Laut v
Panglima Tentera Udara v
Timbalan Ketua Polis Negara (DIG) v
Pengerusi/ Presiden Syarikat Utama |
b) Umur |
- |
Melebihi 50 tahun |
c) Tempoh Khidmat |
- |
Melebihi 25 tahun |
6. Ahli Politik a) Jawatan |
v
YDP Dewan
Negara v
YDP Dewan
Rakyat v
Bekas
Menteri (Kanan) v
Bekas
Presiden Parti Komponen Utama |
vBekas Menteri vBekas Menteri Besar vBekas Ketua Menteri |
b) Umur |
Melebihi 50 tahun |
Melebihi 50 tahun |
c) Tempoh Penglibatan |
Melebihi 15 tahun |
Melebihi 15 tahun |
SYARAT KELAYAKAN PENCALONAN DKBPP
KRITERIA |
P.J.N. |
P.S.D. |
1.
Jawatan/ Taraf |
v Bekas Timbalan Menteri v Timbalan YDP Dewan Negara/ Rakyat v Bekas SUPAR v Mufti |
v Terlibat secara langsung dengan tugasan berkaitan
Institusi SPB Yang
di-Pertuan Agong |
2. Pentadbiran & Profesional |
- |
- |
a) Gred Jawatan |
v
Gred Utama Turus III v
Gred Utama/ Khas A (Kanan) |
- |
b) Umur |
Melebihi 45 tahun |
- |
c) Tempoh Khidmat |
Melebihi 20 tahun |
5 tahun |
3. Tentera 4. Polis 5. Swasta |
v
Penjawat 4 Bintang v
Pesuruhjaya Polis (CP) Kanan v
Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Utama |
- |
b) Umur |
Melebihi 45 tahun |
- |
c) Tempoh Khidmat |
Melebihi 20 tahun |
5 tahun |
6. Ahli Politik a) Jawatan |
v
Bekas
Timbalan Menteri v
Timbalan
YDP Dewan Negara/ Rakyat v
Ahli
Parlimen v
Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) |
- |
b) Umur |
Melebihi 45 tahun |
- |
c) Tempoh Penglibatan |
Melebihi 15 tahun |
5 tahun |
SYARAT KELAYAKAN PENCALONAN DKBPP
KRITERIA |
J.M.N. |
J.S.M. |
1.
Jawatan/ Taraf |
- |
- |
2. Pentadbiran & Profesional |
- |
- |
a) Gred Jawatan |
v
Gred Utama/ Khas A dan B |
v
Gred Utama/ Khas C |
b) Umur |
Melebihi 45 tahun |
Melebihi 45 tahun |
c) Tempoh Khidmat |
Melebihi 15 tahun |
Melebihi 15 tahun |
3. Tentera 4. Polis 5. Swasta |
v
Lt. Jeneral v
Laksamana Madya v
Pesuruhjaya Polis (CP) - |
v
Mej. Jeneral v
Laksamana Muda v
Brig. Jeneral v
Laksamana Pertama v
Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) v
Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SAC) - |
b) Umur |
Melebihi 45 tahun |
- |
c) Tempoh Khidmat |
Melebihi 15 tahun |
- |
6. Ahli Politik a) Jawatan |
v
Pengerusi
Perhubungan Parti Peringkat Negeri v
Ahli
Parlimen v
Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) |
v
Ahli
Dewan Undangan Negeri |
b) Umur |
Melebihi 45 tahun |
Melebihi 45 tahun |
c) Tempoh Penglibatan |
Melebihi 15 tahun |
Melebihi 15 tahun |
SYARAT KELAYAKAN PENCALONAN DKBPP
KRITERIA |
J.S.D./ K.S.D./ B.S.D. |
K.M.N. |
1.
Jawatan/ Taraf |
v Terlibat secara langsung dengan tugasan berkaitan
Institusi SPB Yang
di-Pertuan Agong |
- |
2. Pentadbiran & Profesional |
|
|
a) Gred Jawatan |
- |
v
Gred 53-54 v
Gred 45-52 (Kanan) v
Prof. Madya |
b) Umur |
- |
Melebihi 45 tahun |
c) Tempoh Khidmat |
5 tahun |
Melebihi 15 tahun |
3. Tentera 4. Polis 5. Swasta |
- |
v
Kolonel v
Kapten (L) v
Lt. Kolonel v
Komander (L) v
Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) - |
b) Umur |
- |
Melebihi 45 tahun |
c) Tempoh Khidmat |
5 tahun |
Melebihi 15 tahun |
6. Ahli Politik a) Jawatan |
- |
v
AJK
Perhubungan Parti Peringkat Negeri |
b) Umur |
- |
Melebihi 45 tahun |
c) Tempoh Penglibatan |
5 tahun |
Melebihi 15 tahun |
SYARAT KELAYAKAN PENCALONAN DKBPP
KRITERIA |
A.M.N. |
P.P.N. |
1.
Jawatan/ Taraf |
v Terlibat secara langsung dengan tugasan berkaitan
Institusi SPB Yang
di-Pertuan Agong |
- |
2. Pentadbiran & Profesional |
|
|
a) Gred Jawatan |
v
Gred 41-52 v
Gred 33-40 (Kanan) |
v
Gred 32 dan ke bawah |
b) Umur |
Melebihi 40 tahun |
Melebihi 35 tahun |
c) Tempoh Khidmat |
Melebihi 10 tahun |
Melebihi 10 tahun |
3. Tentera 4. Polis 5. Swasta |
v
Mejar v
Lt. Komander (L) v
Kapten v
Leftenan v
Leftenan Madya (L) v
Leftenan Muda v
Penguasa Polis (Supt) v
Timbalan Penguasa Polis (DSP) v
Penolong Penguasa Polis (ASP) v
Ketua Inspektor v
Inspektor - |
v
Lain-lain Pangkat v
Lain-lain Pangkat - |
b) Umur |
Melebihi 40 tahun |
Melebihi 35 tahun |
c) Tempoh Khidmat |
Melebihi 10 tahun |
Melebihi 10 tahun |
6. Ahli Politik a) Jawatan |
v
AJK Parti
Peringkat Bahagian |
v
AJK Parti
Peringkat Cawangan (Kanan) |
b) Umur |
Melebihi 40 tahun |
Melebihi 35 tahun |
c) Tempoh Penglibatan |
Melebihi 10 tahun |
Melebihi 10 tahun |
PANDUAN MENGISI BORANG PENCALONAN DKBPP
TAHUN 2016
1. Pencalonan bagi
Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (DKBPP) hendaklah dibuat
dengan menggunakan borang-borang mengikut kategori-kategori pencalonan seperti berikut
:
Kategori Pencalonan |
Borang |
Perkhidmatan Awam |
A |
Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan Berkanun |
B |
Swasta/Persatuan/ Sukarela/ Sukan |
C |
Warganegara Asing |
D |
Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia |
E |
Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia |
F |
Pertubuhan Politik |
G |
2. Borang-borang
pencalonan hendaklah diisi dengan lengkap
dan tepat oleh pencadang dan dirahsiakan
daripada calon.
3. Setiap borang
pencalonan hendaklah dikemukakan dalam dua
salinan dan dihantar kepada pihak urusetia Jawatankuasa Tetap DKBPP sebelum tarikh tutup pencalonan iaitu
27 November 2015 (Jumaat).
4. Pencalonan yang
dihantar selepas tarikh tutup
pencalonan tidak akan dipertimbangkan dan akan diminta mengemukakan
pencalonan untuk tahun berikutnya.
5. Asas pencalonan ringkas
hendaklah disertakan bersama dengan menggunakan
format seperti di LAMPIRAN ‘1’.
6. Jika jumlah
pencalonan melebihi dua orang, senarai ringkasan maklumat calon-calon tersebut
hendaklah disertakan seperti contoh berikut:
Contoh
SENARAI NAMA PEGAWAI DAN KAKITANGAN
YANG
DICADANGKAN UNTUK PENGURNIAAN
DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN TAHUN 2016
KEMENTERIAN KERJA RAYA
BIL. |
NAMA/ JAWATAN |
NO. K/P LAMA/ BARU |
KURNIAAN |
1. |
YBhg. Dato’ Lim Soo In Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya |
1234567/ 520505-04-5355 |
PJN |
2. |
Puan Sarah Ganeson Pengarah Bahagian Saraan Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan |
0199924/ 570728-06-5164 |
JMN |
3. |
Encik Yeo Eng Seng Pengarah Bahagian Kewangan Jabatan Kerja Raya |
4235675/ 590506-07-5929 |
JMN |
4. |
Encik Alim bin Busu SUB Bahagian ICT Jabatan Kerja Raya |
2345687/ 560830-12-4146 |
KMN |
5. |
Puan Seleha bte Amat Jurutera Kanan Jabatan Kerja Raya |
2460728/ 690612-08-5328 |
AMN |
7. Pencalonan
Kategori Perkhidmatan Awam
·
Pencalonan pegawai dan
kakitangan di bawah Kategori Perkhidmatan Awam hendaklah dikemukakan melalui Kementerian masing-masing.
·
Kementerian hendaklah
memastikan calon-calon yang dikemukakan bersih
daripada sebarang rekod tindakan disiplin dan tatatertib dan benar-benar layak untuk dipertimbangkan.
·
Pencalonan bagi Perkhidmatan Gunasama
o Peringkat negeri:
Pencalonan hendaklah dibuat oleh Ketua Jabatan di peringkat negeri dan
disokong oleh Ketua Perkhidmatan sebelum
dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Kementerian berkenaan
o Peringkat Kementerian/
Jabatan Persekutuan:
Pencalonan hendaklah dibuat oleh Pegawai yang tarafnya tidak rendah
daripada Setiausaha Bahagian/ Pengarah Bahagian atau yang setaraf dengannya dan
disokong oleh Ketua Perkhidmatan sebelum
dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Kementerian berkenaan
·
Pencalonan pengurniaan Darjah Kebesaran Persekutuan hendaklah
mendapat sokongan YB Menteri/ YAB Menteri Besar/ YAB Ketua Menteri yang
berkaitan.
8. Pencalonan Kategori Pihak Berkuasa
Tempatan/ Badan Berkanun
·
Pencalonan pegawai dan
kakitangan di bawah Kategori Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan Berkanun hendaklah dikemukakan melalui Kementerian
di mana masing-masing bernaung.
·
Syarat-syarat lain adalah
sama seperti Kategori Perkhidmatan Awam.
9. Pencalonan Kategori Swasta/ Persatuan/
Sukarela/ Sukan
·
Pencalonan individu di
bawah kategori swasta/ persatuan/ sukarela/ sukan hendaklah dikemukakan melalui Kementerian yang
mana individu tersebut terlibat secara langsung dalam memberi khidmat bakti,
sumbangan dan jasa.
·
Individu yang merupakan
pegawai atau kakitangan Awam/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan Berkanun dan
dicalonkan di bawah kategori ini wajib
mendapat sokongan daripada Ketua Jabatan masing-masing terlebih dahulu.
10. Pencalonan Kategori Warganegara Asing
·
Pencalonan warganegara
asing hendaklah dikemukakan melalui
Kementerian yang mana individu tersebut terlibat secara langsung dalam memberi
khidmat, sumbangan dan jasa.
·
Maklumat penting seperti Nombor Pasport/nombor pemastautin tetap dan
negara asal warganegara asing tersebut hendaklah disertakan dengan lengkap
dan tepat untuk membolehkan urusan pencalonan dilaksanakan sewajarnya.
11. Pencalonan Kategori Perkhidmatan
Angkatan Tentera Malaysia
·
Pencalonan bagi kategori
ini hendaklah dilengkapkan dan dikemukakan melalui Urusetia Jawatankuasa Khas
Pemilihan DKBPP yang dipengerusikan oleh Panglima Angkatan Tentera.
·
Setiap pencalonan diwajibkan untuk menyertakan
sekali No. Kad Pengenalan Awam.
12. Pencalonan Kategori Perkhidmatan Polis
Diraja Malaysia
·
Pencalonan bagi kategori
ini hendaklah dilengkapkan dan dikemukakan melalui Urusetia Jawatankuasa Khas
Pemilihan DKBPP yang dipengerusikan oleh Ketua Polis Negara.
·
Setiap pencalonan diwajibkan untuk menyertakan
sekali No. Kad Pengenalan Awam.
13. Pencalonan Kategori Pertubuhan Politik
·
Pencalonan bagi kategori
ini hendaklah dilengkapkan dan dikemukakan melalui Setiausaha Agung Parti
masing-masing bagi diperakukan oleh Jawatankuasa Khas Pemilihan DKBPP yang
dipengerusikan oleh Setiausaha Agung Barisan Nasional.
14. Keutamaan
hendaklah diberi kepada calon-calon yang belum menerima sebarang DKBPP tetapi
telah banyak berbakti kepada negara.
15. Pencadang hendaklah memastikan bahawa individu yang dicalonkan belum dikurniakan dengan Darjah
Kebesaran, Bintang dan Pingat yang dicadangkan atau kurniaan yang lebih rendah
daripada yang telah diterima.
16. Seseorang
yang telah menerima DKBPP hanya boleh dicalonkan semula selepas tiga (3) tahun kurniaan terdahulu.
17. Jawatankuasa
Tetap DKBPP berhak memperakukan DKBPP yang lebih rendah atau menggugurkan
pencalonan jika didapati DKBPP yang dicadangkan adalah tidak setaraf dengan
jawatan/ sumbangan calon-calon.
MAKLUMAT PERHUBUNGAN
Urus
setia Jawatankuasa Tetap DKBPP
Nombor telefon :
1.
03-8872 6639
2.
03-8872 6640
3.
03-8872 6641
4.
03-8872 6642
5.
03-8872 6643
No. Faks : 03-8888
3981
Laman Web Rasmi : www.istiadat.gov.my
Alamat :
Setiausaha
Bahagian Kanan
Bahagian Istiadat dan
Urusetia Persidangan Antarabangsa
Jabatan Perdana
Menteri
Aras 6, Blok B3
Kompleks Jabatan
Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA