Saiz Tulisan:

SOALAN LAZIM

UNIT PENGURUSAN PENGANUGERAHAN BINTANG DAN PENYELIDIKAN

1 : Bilakah borang Pencalonan bagi Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (DKBPP) setiap tahun dikeluarkan ?

Pencalonan bagi Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (DKBPP) setiap tahun adalah dibuka bermula bulan September tahun sebelumnya dan ditutup pada akhir bulan November tahun yang sama.

2 : Bagaimanakah calon-calon dan pencadang dapat mengetahui keputusan calon yang berjaya mendapat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (DKBPP)?

Calon-calon yang berjaya akan dihubungi oleh Urus setia pada bulan Mei tahun penganugerahan melalui surat tawaran dan senarai penuh pengurniaan DKBPP akan diumum dan dimuat naik ke laman web Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa pada hari Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang akan disambut pada hari Sabtu minggu pertama bulan Jun setiap tahun.

3 : Berapa lamakah tempoh bagi seseorang penerima Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (DKBPP) layak menerima DKBPP yang berikutnya?

Seseorang yang telah menerima DKBPP hanya boleh dicalonkan semula selepas tiga (3) tahun kurniaan terdahulu.

4 : Mengapa terdapat nama penerima Darjah Kebesaran Negeri yang tidak dapat dicari menggunakan “SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT” walaupun individu tersebut telah pun dikurniakan Darjah Kebesaran oleh Negeri yang berkenaan?

Bagi pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (DKBPP), Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa bertanggungjawab untuk menyedia dan telah mempunyai satu sistem rekod yang lengkap dan terkini ke atas semua penerima anugerah Persekutuan. Senarai penerima DKBPP telah dimuat naik ke laman web Jabatan ini bagi tahun 1958 hingga 2015.


Manakala maklumat penerima Darjah Kebesaran peringkat Negeri yang ada di laman web Jabatan ini adalah sebagaimana yang terdapat dalam Warta Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri (DKBP Negeri) yang dibekalkan kepada Jabatan ini oleh pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Hanya senarai penerima Darjah Kebesaran yang telah diwartakan dan dibekalkan ke Jabatan ini sahaja dimuat naik ke laman web. Semakan lanjut boleh dibuat dengan pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang berkaitan sekiranya maklumat penerima tiada di laman web Jabatan ini.


UNIT PERSIDANGAN ANTARABANGSA

1 : Adakah pihak penganjur perlu membuat bayaran tertentu bagi semua khidmat yang disediakan oleh bahagian ini?

Tiada sebarang bayaran dikenakan,tetapi penganjur mestilah menyediakan semua barangan pakai buang berkaitan yang digunakan semasa satu-satu persidangan seperti binding tape untuk kemasan wayar, toner dan kertas untuk peralatan mesin penyalinan(fotokopi) dan lain-lain.
  • piagam1 black
  • PIAGAM1 BLACK
  • tandernew
  • muat turun new
WARGA BIUPA
webmail hrmis  ep e-SPKB e-PENYATA ezsnap  sistem kehadiran kursus3  sistem kehadiran kursus3
 AGENSI KERAJAAN
1m  jpa kln mampu miti  mygov jpm parlimen pemudah