tinta eprint kertas fax cash register berita nasional berita indonesia portal berita harga tiket pesawat tiket pesawat domestik pesan tiket pesawat harga tiket pesawat tiket pesawat domestik pesan tiket pesawat it konsultan it support paket isp code security komunitas it komunitas hacker pakar seo indonesia narasumber seminar master seo berita banten rakyat banten pendekar banten okezone jual mobil bekas toko online gratis
Saiz Tulisan:

LATAR BELAKANG ORGANISASI

Cawangan Istiadat ditubuhkan pada tahun 1961 dan diletakkan di bawah Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Jabatan Perdana Menteri.

Pada tahun 1989 Cawangan Istiadat dinaikan taraf menjadi Bahagian Istiadat diketuai oleh Setiausaha Bahagian yang bertanggungjawab kepada Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Majlis Rasmi Kerajaan, di mana Bahagian Istiadat adalah Urus setia kepada Jawatankuasa tersebut.

Bahagian Istiadat mempunyai dua (2) fungsi utama iaitu :

  • Bertanggungjawab terhadap perkara yang berkaitan dengan penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong;
  • Urus setia kepada Jawatankuasa Majlis Rasmi Kerajaan yang mengendalikan semua majlis rasmi kerajaan seperti Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sambutan Hari Kebangsaan, Sambutan Maulidur Rasul S.A.W., Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan / Antarabangsa dan sebagainya.

Unit Urusetia Persidangan Antarabangsa (UPA) pula ditubuhkan pada 3 Oktober 1979 bagi mengelola dan membantu sebarang persidangan/ seminar/ bengkel di peringkat antarabangsa anjuran Kerajaan Malaysia. UPA adalah bertanggungjawab kepada Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Jabatan Perdana Menteri. UPA berfungsi merancang, menyelaras dan melaksanakan persidangan/ seminar/ bengkel melainkan persidangan-persidangan yang dikelolakan oleh Urus setia ASEAN (Kementerian Luar Negeri). UPA juga membantu Kementerian/Jabatan dalam melaksanakan persidangan dan seminar peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh pihak Kementerian/Jabatan.

Pada 1 Januari 1996, Bahagian Istiadat telah di gabungkan dengan Unit Urusetia Persidangan Antarabangsa dan dikenali sebagai Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA).

Pada tahun 2001, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) telah diletakkan di bawah pengurusan Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa. PICC adalah merupakan pusat persidangan antarabangsa di mana berlangsungnya persidangan-persidangan seperti Persidangan Negara-Negara Islam (OIC), Persidangan Negara-Negara Komenwel, Persidangan Negara-Negara Berkecuali (NAM), Persidangan Negara-Negara ASEAN dan Persidangan Negara-Negara Selatan (G-15) selain persidangan-persidangan lain di peringkat kebangsaan. Selain persidangan, ia juga dijadikan pilihan untuk penganjuran pelbagai majlis peringkat antarabangsa, kebangsaan dan peringkat Kementerian/Jabatan serta majlis-majlis anjuran pihak swasta. Walau bagaimana pun, berkuatkuasa mulai pada 1 Ogos 2013, PICC telah ditempatkan di bawah pengurusan Perbadanan Putrajaya.

Sehingga Januari 2019, Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa mempunyai seramai 120 Waran Perjawatan telah diluluskan yang terdiri daripada pelbagai gred jawatan dan meliputi dua(2) Seksyen iaitu Seksyen Istiadat dan Protokol serta Seksyen Persidangan Antarabangsa dan Pengurusan.

  • piagam1 black
  • PIAGAM1 BLACK
  • tandernew
  • muat turun new
WARGA BIUPA
webmail hrmis  ep  e-PENYATA ezsnap  sistem kehadiran kursus3  sistem kehadiran kursus3
 AGENSI KERAJAAN
 jpa kln mampu mitinew  mygov jpm parlimen pemudah